Monday, October 11, 2010

Volkswagen Scirocco R

Bentuk badannya tidak ubah seperti Ular Tedung yang sedang marah. Gaya dan keunggulannya memang tiada tandingannya. Berbanding dengan abangnya Golf, Scirocco mempunyai personalitinya tersendiri. Jikalau Golf terkenal dengan 4r32 Scirocco pula terkenal dengan enjin TSi dengan direct shift gearbox DSG. Dengan harga RM188,888.00 ianya pasti berbaloi untuk memilikinya. Saya masih lagi teringat ketika mula-mula sekali saya menaiki VW iaitu VW Golf dimana kereta tersebut kepunyaan kawan. Keupayaan kereta tersebut memang tidak dinafikan kerana ianya sememangnya hebat.
Dengan kemasan dalaman yang menarik saya rasa anda yang membelinya berfikir dua kali untuk keluar atau memberi kawan anda meminjamnya.

No comments:

Post a Comment