Sunday, January 30, 2011

Proton Inspira


Proton akhirnya telah berjaya melakarkan satu lagi kejayaan apabila muncul sebagai industri automotif yang berjaya. Kini mereka telah berjaya menzahirkan impian setiap rakyat Malaysia. Penulis baru - baru telah memandu uji kenderaan tersebut selepas 2 bulan di pasaran Malaysia. Namun disebabkan sedikit maslah teknikal pada kamera penulis maka gambar tidak dapat di uploadkan. Pada pandangan penulis Proton telah berjaya menjadikan Inspira sebagai suatu trademark kepada rakyat Malaysia mahupun mereka boleh dikatakan baru didalam industri Permotoran. Dengan kejayaan memasuki Rally Antarabangsa ini menujukkan bahawa Proton mamapu menjadi pemain terhebat seperti pengeluar lain. Penulis menguji kenderaan tersebut yang ber kapasiti 2.0. Dengan bentuk Mitsubishi ia sedikit pun tidak mencacatkan dengan adanya Logo Proton. Rim 16" masih mampu menjadikan Inspira terbaik di Jalanan. Suatu kemestian apabila selekoh ia menjadikan ianya terbaik dengan adanya VSS. Selain itu, padel shifter juga dapat dirasai nikmatnyaapabila memotong dengankadar kelajuan yang minima. Seterusnya, Inspira lebih sesuai dengan bentuknya yang aerodinamic serta kemampuan dalam memotong. Penulis dapat mengatakan bahawa ianya suatu kepuasan dalam pembelian. Sekali lagi Proton telah berjaya melahirakan suatu anjakan paradigma dalam permotoran Malaysia. Anda boleh mengetahui lebih lanjut disini.