Monday, October 11, 2010

Honda Civic Mugen RR

Mugen adalah suatu nama yang tidak asing lagi dalam bidang pemotoran. Mugen diasaskan oleh anak kepada pengasas Honda. Kini mereka telah berjaya mengeluarkan suatu produk yang baru iaitu Honda Civic Mugen RR. Mugen RR hanya dibina pada kadaran 300 buah sahaja menjadikan ianya seperti goreng pisang panas di pasaran Malaysia. Namun, dengan harga yang agak kurang munasabah ianya jarang dapat dilihat di atas jalanraya Malaysia tetapi yang mengubah menjadi Mugen RR adalah amat banyak sekali terutamanya mereka yang memiliki model Civic yang sama dengannya.

Di NazaWorld mereka mempunyai sebuah dengan harga RM3++k

Bumper depan dan belakang, hood, fender dan pintu ianya diperbuat daripada CARBON FIBRE menjadikannya ringan tetapi selamat!


Saya berpendapat mereka yang membelinya secara tidak langsung mampu menjiwai kelajuan yang dimiliki oleh jentera tersebut. Apa yang mampu saya katakan ialah anda akan merasakan seperti memandu Lamborghini sedangkan ianya 4 pintu.

Myvi Special Edition (Women) 2010)

Perusahaan Automobil kedua Negara Perodua sememangnya memahami keperluan pelanggannya. Tidak dinafikan model terawal Perodua iaitu Kancil sememangnya mampu menandingi Proton dan kini mereka melakukan sekali lagi dengan kehadiran Myvi. Myvi mula dilancarkan pada tahun 2005. Kini mereka telah mengeluarkan model keluaran khas untuk golongan wanita. Dengan harga permulaan RM30+k. Ianya boleh dikatakan amatlah jimat. Kepuayaan enjin yang amat sesuai dengan tubuhnya menjimatkan lagi penggunaan minyak. Kepuasan membeli memang tiada tandingannya.

Gaya dan penampilan lebih menarik inilah keretanya! Amat sesuai untuk kaum wanita!

Volkswagen Scirocco R

Bentuk badannya tidak ubah seperti Ular Tedung yang sedang marah. Gaya dan keunggulannya memang tiada tandingannya. Berbanding dengan abangnya Golf, Scirocco mempunyai personalitinya tersendiri. Jikalau Golf terkenal dengan 4r32 Scirocco pula terkenal dengan enjin TSi dengan direct shift gearbox DSG. Dengan harga RM188,888.00 ianya pasti berbaloi untuk memilikinya. Saya masih lagi teringat ketika mula-mula sekali saya menaiki VW iaitu VW Golf dimana kereta tersebut kepunyaan kawan. Keupayaan kereta tersebut memang tidak dinafikan kerana ianya sememangnya hebat.
Dengan kemasan dalaman yang menarik saya rasa anda yang membelinya berfikir dua kali untuk keluar atau memberi kawan anda meminjamnya.

Ferrari Novitec Rosso Scuderia Edizione 747 002/003!


Kereta yang menggunakan Kuda sebagai logo rasmi syarikat mereka ini sekali lagi telah merubah persepsi kereta di atas jalan raya. Bukan mudah untuk memastikan kereta itu semakin laju dan selamat agar segalanya berjalan lancar namun, Novitec Rosso telah melakukanya sekali lagi. F430 NOVITEC ROSSO SCUDERIA EDIZIONE 747 dengan pembuatan 002/003 ianya amatlah mengagumkan. Kini Iktikad Raya Sdn. Bhd. Malaysia telah berjaya membawa masuk kereta tersebut. Ini sekaligus mewarnai lagi corak arus kemodenan kereta di Malaysia. Walaupun hanya golongan yang tertentu sahaja yang mampu memilikinya kerana dengan harga tanpa pendaftaran bermula dengan RM2.5M sekaligus menjadikan ianya sebagai sesuatu yang amat berharga. Percayalah ianya akan memberi suatu perubahan pada jalan raya Malaysia. Tahniah Iktikadraya kerana berjaya membuka suatu dimensi yang baru kepada rakyat Malaysia.



Mampukah LP560-4 ataupun Special Edision Valentino Balboni menyaingi kereta ini?