Monday, October 11, 2010

Honda Civic Mugen RR

Mugen adalah suatu nama yang tidak asing lagi dalam bidang pemotoran. Mugen diasaskan oleh anak kepada pengasas Honda. Kini mereka telah berjaya mengeluarkan suatu produk yang baru iaitu Honda Civic Mugen RR. Mugen RR hanya dibina pada kadaran 300 buah sahaja menjadikan ianya seperti goreng pisang panas di pasaran Malaysia. Namun, dengan harga yang agak kurang munasabah ianya jarang dapat dilihat di atas jalanraya Malaysia tetapi yang mengubah menjadi Mugen RR adalah amat banyak sekali terutamanya mereka yang memiliki model Civic yang sama dengannya.

Di NazaWorld mereka mempunyai sebuah dengan harga RM3++k

Bumper depan dan belakang, hood, fender dan pintu ianya diperbuat daripada CARBON FIBRE menjadikannya ringan tetapi selamat!


Saya berpendapat mereka yang membelinya secara tidak langsung mampu menjiwai kelajuan yang dimiliki oleh jentera tersebut. Apa yang mampu saya katakan ialah anda akan merasakan seperti memandu Lamborghini sedangkan ianya 4 pintu.

No comments:

Post a Comment