Sunday, May 1, 2011

BMW 1-SERIES M!





Secara jujurnya, saya amat menyukai kereta ini kerana ianya adalah BMW. Kebetulan yang secara tidak sengaja telah berlaku dimana 3 minggu selepas Audi mendedahkan RS3 dengan 340 hp BMW yang secara kebetulan turut mendedahkan 1 seriesnya yang juga 340hp. Ia merupakan sesuatu yang teramat lama sejak adanya BMW M. Dengan 1 series ini anda akan mempunyai 340bhp yang mampu melonjak 0-62mph hanya 4.9 saat. Apa yang menjadi masalah kepada BMW adalah harga 395,226 MYR tanpa cukai.



p/s: Bagi saya anda akan lebih menyukai RS3 berbanding 1 series ini. Sudah semestinya menjimatkan.



Audi RS3 vs Subaru STi R205 ver.10 vs VW Golf R

Audi RS3 adalah sebuah kenderaan yang tahan pada kritikkan. Ianya mempunyai 335hp dan merupakan sebuah kenderaan yang sangat mengagumkan. Enjin RS3 ini asal daripada enjin Audi TT RS. Jadi ia sememangnya memahami anda. Bagi saya, kereta ini mampu mengatasi segala permukaan jalan. Namun seperti jalan di Malaysia yang penuh dengan lubang dan retakkan anda cuma boleh menyimpan duit untuk menggantikan barangan yang rosak. Dengan harga sebelum cukai RM 175,216.86 anda pasti mendapat kepuasaan daripada RS3 yang mampu bergerak 0-62mph dalam 4.6 saat!

p/s: Jikalau anda terfikir untuk membeli VW Golf GTi, lebih baik berfikir dua kali sebelum memilihnya ini kerana Audi RS3 adalah sesuatu yang tidak mungkin anda mahu lepaskan.





Diubahsuai erdasarkan model Impreza WRX STi ver 10, R205 mendapat suntikkan baru sepenuhnya daripada STi. Ia dikatakan merupakan peningkatan yang tertinggi untuk model ini. Mengikut langkah -langkah sebelumnya daripda S203 dan S204 pelbagai peningkatan menarik seperti R205 ECU,R205 twin scroll turbocharger dan pelbagai lagi peningkatan menarik. Apa yang mampu saya ucapkan disini dengan peningkatan yang sebegini ia mampu menghasilkan sesuatu yang amat luar biasa. Dengan 315hp anda pasti teruja dengan R205 ini. Harga yang ditawarkan ialah 164,635.15 tanpa cukai.


p/s: anda patut mendengar bunyinya. saya amat teruja dengan bunyinya yang penuh dengan tenaga!




Ini pula adalah salah satu jenama yang saya suka Volkswagen. Selepas kemunculan R32 dan Scirocco R. Kini mereka menghasilkan versi Golf R. Golf R menggunakan 2.0-liter 4 silinder turbo yang mampu menghasilkan 270bhp dan menggerakkkan Golf R kepada 0-62mph dalam 5.5 saat. Bagi saya, kereta ini sudah semestinya mampu memikat wanita-wanita di Malaysia. Apa yang menjadi masalah terhadap kereta ini ialah harganya yang mencecah 144,806.42 sebelum cukai.


p/s: Sudah semestinya saya akan membeli kereta ini! beli untuk pergi pasar.


p/s: Nantikan kemunculan Satria Neo R3.

Sunday, January 30, 2011

Proton Inspira


Proton akhirnya telah berjaya melakarkan satu lagi kejayaan apabila muncul sebagai industri automotif yang berjaya. Kini mereka telah berjaya menzahirkan impian setiap rakyat Malaysia. Penulis baru - baru telah memandu uji kenderaan tersebut selepas 2 bulan di pasaran Malaysia. Namun disebabkan sedikit maslah teknikal pada kamera penulis maka gambar tidak dapat di uploadkan. Pada pandangan penulis Proton telah berjaya menjadikan Inspira sebagai suatu trademark kepada rakyat Malaysia mahupun mereka boleh dikatakan baru didalam industri Permotoran. Dengan kejayaan memasuki Rally Antarabangsa ini menujukkan bahawa Proton mamapu menjadi pemain terhebat seperti pengeluar lain. Penulis menguji kenderaan tersebut yang ber kapasiti 2.0. Dengan bentuk Mitsubishi ia sedikit pun tidak mencacatkan dengan adanya Logo Proton. Rim 16" masih mampu menjadikan Inspira terbaik di Jalanan. Suatu kemestian apabila selekoh ia menjadikan ianya terbaik dengan adanya VSS. Selain itu, padel shifter juga dapat dirasai nikmatnyaapabila memotong dengankadar kelajuan yang minima. Seterusnya, Inspira lebih sesuai dengan bentuknya yang aerodinamic serta kemampuan dalam memotong. Penulis dapat mengatakan bahawa ianya suatu kepuasan dalam pembelian. Sekali lagi Proton telah berjaya melahirakan suatu anjakan paradigma dalam permotoran Malaysia. Anda boleh mengetahui lebih lanjut disini.