Secara jujurnya, saya amat menyukai kereta ini kerana ianya adalah BMW. Kebetulan yang secara tidak sengaja telah berlaku dimana 3 minggu selepas Audi mendedahkan RS3 dengan 340 hp BMW yang secara kebetulan turut mendedahkan 1 seriesnya yang juga 340hp. Ia merupakan sesuatu yang teramat lama sejak adanya BMW M. Dengan 1 series ini anda akan mempunyai 340bhp yang mampu melonjak 0-62mph hanya 4.9 saat. Apa yang menjadi masalah kepada BMW adalah harga 395,226 MYR tanpa cukai.
Sunday, May 1, 2011
Audi RS3 vs Subaru STi R205 ver.10 vs VW Golf R

p/s: Jikalau anda terfikir untuk membeli VW Golf GTi, lebih baik berfikir dua kali sebelum memilihnya ini kerana Audi RS3 adalah sesuatu yang tidak mungkin anda mahu lepaskan.
Diubahsuai erdasarkan model Impreza WRX STi ver 10, R205 mendapat suntikkan baru sepenuhnya daripada STi. Ia dikatakan merupakan peningkatan yang tertinggi untuk model ini. Mengikut langkah -langkah sebelumnya daripda S203 dan S204 pelbagai peningkatan menarik seperti R205 ECU,R205 twin scroll turbocharger dan pelbagai lagi peningkatan menarik. Apa yang mampu saya ucapkan disini dengan peningkatan yang sebegini ia mampu menghasilkan sesuatu yang amat luar biasa. Dengan 315hp anda pasti teruja dengan R205 ini. Harga yang ditawarkan ialah 164,635.15 tanpa cukai.

p/s: anda patut mendengar bunyinya. saya amat teruja dengan bunyinya yang penuh dengan tenaga!
Ini pula adalah salah satu jenama yang saya suka Volkswagen. Selepas kemunculan R32 dan Scirocco R. Kini mereka menghasilkan versi Golf R. Golf R menggunakan 2.0-liter 4 silinder turbo yang mampu menghasilkan 270bhp dan menggerakkkan Golf R kepada 0-62mph dalam 5.5 saat. Bagi saya, kereta ini sudah semestinya mampu memikat wanita-wanita di Malaysia. Apa yang menjadi masalah terhadap kereta ini ialah harganya yang mencecah 144,806.42 sebelum cukai.
p/s: Sudah semestinya saya akan membeli kereta ini! beli untuk pergi pasar.
p/s: Nantikan kemunculan Satria Neo R3.
Subscribe to:
Posts (Atom)